LATIHAN

BACA DENGAN TELITI, SELAMAT MENJAWAB.......

LATIHAN 1
Pilih jawapan yang sesuai .

1)      ( Mereka , Encik ) , berapakah harga buku ini ?
2)      ( Nya , Kita ) mesti menjaga kebersihan di sekeliling rumah kita .
3)      Ampunkan  ( hamba , patik ) '' sembah pengawal itu kepada raja.
4)      Pada setiap hari , Puan Lee menghantar anak ( ia , nya ) ke sekolah
5)      ( Mereka , kamu ) berempat tinggal di Taman Seri  Perdana .

LATIHAN 2
Tulis penjodoh bilangan yang sesuai.

1)  Ibu membelikan adik dua _______________stoking baru.
2)  Sudin makan tiga _______________telur ayam separuh masak untuk sarapan.
3)  Beberapa _______________ daun kering telah gugur dari pokok itu.
4)  Saya menerima se_____________kad jemputan hari lahir daripada kawan baik saya.
5)  Razali membeli se_______________ basikal di kedai itu.



LATIHAN 3
Nyatakan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.


1)  Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.

2)  Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.

3)  Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.

4)  Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.

5)  Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.


LATIHAN 4
Pilih simpulan bahasa yang sesuai.

1)  Azlan seorang yang …………….. kerana tidak tahu bermain bola.
     A. kaki botol          B. kaki judi         C. kaki bangku          D. kepala batu

2)  Fifi pergi …………………………….. ke Teluk Batik.
     A. makan angin          B. makan ikan         C. langkah kanan        D. mulut tempayan

3)  Ibu Ani sakit, Suraya membawa ……………………………
     A. buah tangan           B. buah hati           C. cahaya mata              D. cepat tangan

4)  Minah ialah anak kesayangan ibubapanya. Dia ……………………………
      A. anak buah         B. anak emas           C. anak angkat         D. anak tunggal

5)  Simpulan bahasa bagi orang yang sombong ialah ………………………….
      A. hidung tinggi           B. jauh hati            C. bulat hati           D. hati batu


LATIHAN  5
Isikan kata adjektif yang sesuai

1)      Pisau yang _________ itu hendak diasah oleh ayah.
2)      Dia gagal peperiksaannya kerana _________ belajar.
3)      Baju sekolahnya __________ kerana ditimpa hujan.
4)      Perutnya sangat ___________ kerana dia belum makan lagi.
5)      Cerita yang ditontonnya di pawagam itu sangat ___________.

LATIHAN 6
Pilih kata sendi yang sesuai

1)      Pengetua sekolah saya telah ditukar  (  ke ,  di  ) sekolah lain.
2)      Tolong berikan bungkusan ini ( pada , kepada ) Puan Amah.
3)      Encik Kassim sangat sayang ( akan ,  dari ) anak-anaknya.
4)       Melaka jatuh ke tangan Portugis ( sejak , akan ) tahun 1511.
5)      Bapa bekerja ( daripada , dari ) pagi hingga petang.

LATIHAN 7
Isikan kata hubung  yang sesuai

1)      Teksi itu berhenti _________kerana ditahan oleh penumpang.
2)      Adik tidak makan _________ minum sejak semalam.
3)      Kamu hendak  melawat Galeri Perdana ________ Makam Mahsuri.
4)      Ibu berehat __________ membaca majalah di trpi pantai.
5)      Siti tidak pandai menari __________ pandai menyanyi.

No comments:

Post a Comment