MARILAH BERPANTUN ......
PANTUN NASIHAT Jalan – jalan mencari makan Asam pedas jadi pilihan Budi yang baik jadi ikutan Di sayang guru juga rakan Sarapan pagi minum susu Di hidang bersama roti dan kaya Membuat keputusan jangan terburu Supaya hidup selamat sejahtera. Adik berbisik mahu berahsia Ibu mendengar tanpa jemu Kalau mahu hidup bahagia Penuhkan ilmu di dadamu Mengapa kita malu bertanya, Jika mahu mencari ilmu, Jangan takut untuk bertanya, Bersama kita berkongsi ilmu. Burung Kenyalang terbang melayang, Terbang melayang di tepi perigi, Hidup saling sayang menyayang, Semoga hidup diberkati Jalan-jalan pergi ke pasara, Pergi ke pasar memberli jamu, Dari kecil hingga ke besar, Menimba ilmu ilmu tanpa jemu. | PANTUN NASIHAT Payah kami menabur padi Nenas juga ditanam orang Payah kami menabur budi Emas juga dipandang orang Tinggi bukit gilang-gemilang Air laut tenang-tenangan Budi sedikit tidakkan hilang Itu menjadi kenang-kenangan Ayam jantan si ayam jalak Jaguh Siantan nama diberi Rezeki tidak saya tolak Musuh tidak saya cari Jikalau kita bertanam padi Senanglah makan adik-beradik Jikalau kita bertanam budi Orang yang jahat menjadi baik |
PANTUN JENAKA Di mana kuang hendak bertelur Di atas lata dirongga batu Di mana tuan hendak tidur Di atas dada dirongga susu Elok berjalan kota tua Kiri kanan berbatang sepat Elok berbini orang tua Perut kenyang ajaran dapat Sakit kaki ditikam jeruju Jeruju ada didalam paya Sakit hati memandang susu Susu ada dalam kebaya Naik kebukit membeli lada Lada sebiji dibelah tujuh Apanya sakit berbini janda Anak tiri boleh disuruh Orang Sasak pergi ke Bali Membawa pelita semuanya Berbisik pekak dengan tuli Tertawa si buta melihatnya Jalan-jalan ke rawa-rawa Jika capai duduk di pohon palm Geli hati menahan tawa Melihat katak memakai helm Limau purut di tepi rawa, buah dilanting belum masak Sakit perut sebab tertawa, melihat kucing duduk berbedak | PANTUN BUDI Anak itik matinya lemas, Makan lenggudi Bukit Askin, Hilanglah bahasa kerana emas, Tak tampak budi kerana miskin. Saya tidak mananam nenas, Tanam kepaya di dalam padi, Saya tidak memandang emas, Budi bahasa yang saya cari. Perigi dikatakan telaga, Tempat budak berulang mandi, Emas merah ada berharga, Budi bahasa bernilai abadi. Pucuk nipah kelibatan, Terletak mari di tepi pantai, Biarlah rosak dalam lipatan, Jangan rosak kena pakai. Perahu lancing dari Patani, Naik ke darat membeli kain, Buah macang serupa kuini, Rupanya sama rasanya lain. |
No comments:
Post a Comment