TATABAHASA

 

* KATA NAMA KHAS
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah manusia dan binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah  tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Contoh:
Manusia
Amir, Mei Fong, Perdana Menteri …..
Binatang
Tompok (kucing),Jalak (ayam)
Bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) …..
Benda
Proton Perdana(kereta), Pilot(pen), Seiko (jam) …..
Tempat
Muar (daerah),Seremban (bandar),Jepun (negara)….


* KATA NAMA AM
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan,tumbuh-tumbuhan dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Contoh:

Orang
ayah, polis, guru, murid, askar…..
Binatang
ayam, gajah, kerbau, burung, ikan…..
Tumbuh-tumbuhan
pokok, rumput, lalang, bunga …..
Benda
pasir, radio, rumah, buku, pen…..
Tempat
pejabat, pulau, sekolah, negeri…..


 * PENJODOH BILANGAN
1. Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk,
 rupa,
    saiz dan sebagainya.
3. Berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.
PENJODOH BILANGAN
PENGGUNAAN
1) baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
2) batang
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
3) biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
4) cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
5) ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya

 

* KATA KERJA
- Kata kerja digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh orang atau binatang.
- Contohnya menyanyi, belajar, membaca, memasak , berenang, berlari, berjalan, minum, makan

   dan lain-lain.

Kata kerja transitif.
- Kata kerja transitif adalah kata kerja yang diikuti oleh objek.
- Contohnya:
1) Kerani sedang menaip surat.
2) Ibu hendak menggoreng ikan yang dibelinya semalam.
3) Pegawai polis menangkap pencuri itu.

Kata kerja tak transitif.
- Kata kerja transitif adalah kata kerja yang tidak memerlukan objek.
- Contohnya:
1) Gadis yang berbaju kurung itu tersenyum apabila saya melihatnya.
2) Air sungai di kampong Katok mengalir dengan derasnya.
3) Mereka akan berbahas dengan sekolah Rendah Kiulap.


* SIMPULAN BAHASA
1) Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
2) Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan  padat.
3) Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:

SIMPULAN BAHASA
MAKSUD
1)      Kaki bangku
Orang yang tidak tahu bermain bola
2)      Buah tangan
Hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
3)      Hidung tinggi
Orang yang sombong
4)      Makan angin
Bersiar-siar untuk berehat
5)      Anak emas
Anak yang disayangi oleh ibubapa


* KATA HUBUNG
1)  Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan
     dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. 
2)  Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
     (a)    kata hubung gabungan,
     (b)    kata hubung pancangan,
     (c)    kata hubung berpasangan.
3)  Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta  penggunaannya
     adalah seperti yang berikut: Kata Hubung Gabungan / Pancangan 
 4) contoh ayat
     a)  Menggabungkan dua ayat
          Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.

    b) Menggabungkan dua rangkai kata
        Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.

    c) Menggabungkan ayat-ayat
        Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin
        dan menderita.

* KATA SENDI
1.  Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
2. Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata 
    atau frasa-frasa yang  lain.
3. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat
    bertugas sebagai predikat ayat. 
4.  Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, 
     ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, 
     umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk,
     dengan, dalam, dan sebagainya.
Contoh :
KATA SENDI
PENGGUNAANNYA
Di
·    Digunakan untuk tempat.
·    Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Ke
·     Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.
·    Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
·    Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.
Dari
·    Digunakan untuk tempat, arah atau masa.
Daripada
·    Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
Kepada/ akan/terhadap
·    Digunakan selepas kata  adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.


* KATA ADJEKTIF
1.      Kata adjektif  ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
2.   Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif bolehdikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
3.      Kata adjektif boleh dibahagikan kepada lapan  subgolongan.

JENIS
CONTOH
Sifat
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
Warna
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
Ukuran
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
Bentuk
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
Waktu
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
Jarak
Dekat, hampir, jauh
Cara
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Adjektif perasaan
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.





No comments:

Post a Comment